Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Bakal JUTAWAN INDUSTRI dan Salam kepada
junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W
serta isteri dan ahli keluarga baginda. Alhamdulilah , syukur atas nikmat
masih bernafas didunia ini, diberi kekuatan mental dan fizikal untuk melaksanakan
tanggungjawab sebagai hamba Allah dibumi ini. Alhamdulillah diberi kekuatan
untuk menulis Blog untuk dikongsikan kepada Bakal JUTAWAN diluar sana.. Untuk entri kali ini saya akan kongsikan Kepada
Bakal JUTAWAN INDUSTRI diluar sana 55
PETUA ORANG YANG BERJAYA ….
PETUA 1..Anda
Bukan Gagal tetapi Belum Berjaya…
“ Orang yang berhenti tidak akan menang dan orang yang
menang tidak akan berhenti ”
Adakah selama ini saudara berasa diri saudara orang yang
gagal?? Jangan fikir begitu.Dalam sejarah dunia, Allah s.w.t telah menunjukkan
betapa fitrah alam menguji orang-orang yang hendak Berjaya. Kadangkala ada perkara yang kita benci,
sedangkan ia baik untuk kita. Ada juga perkara yang kita suka , tetapi ia memudaratkan
diri kita. Tuhan menyebut dengan jelas dalam surah al-Baqarah ayat 216 yang
bermaksud “ dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu
dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu , sedang ia melarat kepadamu. Allah s.w.t
mengetahui tetapi kamu tiada mengetahui ”..
Jangan sedih apabila selama ini anda seringkali tidak
mencapai apa yang anda idamkan. Anda
bukannya gagal, tetapi ‘ Belum Berjaya ‘ . Saya akan kongsikan kepada Bakal JUTAWAN diluar sana beberapa contoh kisah orang tidak pernah berasa gagal, sebaliknya terus
berusaha kerana mereka yakin dengan kejayaan mereka…
1 1) Kolonel Sanders dan Resipi Rahsianya
Sudah tentu anda kenal siapa Kolonel Sanders.Beliau adalah
orang yang mencipta resipi ayam goreng fried chicken.Beliau mencipta nama dan
kejayaan dengan resipi itu. Kolonel Sanders bersara pada usia 65 tahun, semasa
menerima wang pencen pertamaya , beliau berasa kecewa dan tidak berpuasa hati
dengan hasil yang diterimanya.Namun beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali
dirinya sendiri.Beliau seterusnya memutuskan hendak mencadangkan resepi ayam goring
milik keluarganya kepada sebuah restoran tetapi malang , resepinya ditolak
mentah-mentah.. Apa yang berlaku kemudiannya?
Kolonel Sanders tidak berputus asa. Baginya, dia tidak
gagal, Cuma belum Berjaya. Dia terus mencuba, sehingga orang yang ke 1000 masih
lagi menolak resipi kebanggannya itu. Namun dia tidak berasa gagal, dia masih
yakin akan kejayaannya, Cuma kejayaanya belum tiba lagi.Akhirnya dia bertemu
dengan orang ke 1009 dan orang itu pun berkata “ Hmmm…resipi ini sungguh
bagus!!”
Sembilan tahun kemudian , selepas perniagaanya maju ,
Kolonel Sanders menjual perniagaanya dengan harga US$ 2,000,000.00. Kini
rangkaian restoran KFC ada dimerata-rata dunia dan digemari oleh setiap lapisan
masyarakat. Sekiranya Kolonel Sanders berasa dirinya sudah gagal dan berputus
asa , adakah beliau akan Berjaya membina empayar perniagaan seperti itu? Sudah tentu
tidak!! Jadi kenapa anda diluar sana perlu berasa kecewa dan gagal?? Temui saya
pada entri seterusnya, saya akan berkongsi dengan bakal JUTAWAN diluar sana PETUA ORANG YANG BERJAYA…
Good information. .teruskan menulis
ReplyDeletethanx sahabat.. saya pun ade blog tuan, sgt2 best..
ReplyDelete