Thursday, 3 October 2013

Anda Bukan Gagal tetapi Belum Berjaya


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Bakal JUTAWAN INDUSTRI dan Salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W  serta isteri dan ahli keluarga baginda. Alhamdulilah , syukur atas nikmat masih bernafas didunia ini, diberi kekuatan mental dan fizikal untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dibumi ini. Alhamdulillah diberi kekuatan untuk menulis Blog untuk dikongsikan kepada Bakal JUTAWAN diluar sana.. Untuk entri kali ini saya akan kongsikan Kepada Bakal JUTAWAN INDUSTRI diluar sana 55 PETUA ORANG YANG BERJAYA ….

PETUA 1..Anda Bukan Gagal tetapi Belum Berjaya…

“ Orang yang berhenti tidak akan menang dan orang yang menang tidak akan berhenti ”

Adakah selama ini saudara berasa diri saudara orang yang gagal?? Jangan fikir begitu.Dalam sejarah dunia, Allah s.w.t telah menunjukkan betapa fitrah alam menguji orang-orang yang hendak Berjaya.  Kadangkala ada perkara yang kita benci, sedangkan ia baik untuk kita. Ada juga perkara yang kita suka , tetapi ia memudaratkan diri kita. Tuhan menyebut dengan jelas dalam surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud “ dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu , sedang ia melarat kepadamu. Allah s.w.t mengetahui tetapi kamu  tiada mengetahui ”..

Jangan sedih apabila selama ini anda seringkali tidak mencapai apa yang  anda idamkan. Anda bukannya gagal, tetapi ‘ Belum Berjaya ‘ . Saya akan kongsikan kepada Bakal JUTAWAN diluar sana beberapa contoh kisah orang tidak pernah berasa gagal, sebaliknya terus berusaha kerana mereka yakin dengan kejayaan mereka… 

1    1) Kolonel Sanders dan Resipi Rahsianya

Sudah tentu anda kenal siapa Kolonel Sanders.Beliau adalah orang yang mencipta resipi ayam goreng fried chicken.Beliau mencipta nama dan kejayaan dengan resipi itu. Kolonel Sanders bersara pada usia 65 tahun, semasa menerima wang pencen pertamaya , beliau berasa kecewa dan tidak berpuasa hati dengan hasil yang diterimanya.Namun beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya sendiri.Beliau seterusnya memutuskan hendak mencadangkan resepi ayam goring milik keluarganya kepada sebuah restoran tetapi malang , resepinya ditolak mentah-mentah.. Apa yang  berlaku kemudiannya? 

Kolonel Sanders tidak berputus asa. Baginya, dia tidak gagal, Cuma belum Berjaya. Dia terus mencuba, sehingga orang yang ke 1000 masih lagi menolak resipi kebanggannya itu. Namun dia tidak berasa gagal, dia masih yakin akan kejayaannya, Cuma kejayaanya belum tiba lagi.Akhirnya dia bertemu dengan orang ke 1009 dan orang itu pun berkata “ Hmmm…resipi ini sungguh bagus!!”

Sembilan tahun kemudian , selepas perniagaanya maju , Kolonel Sanders menjual perniagaanya dengan harga US$ 2,000,000.00. Kini rangkaian restoran KFC ada dimerata-rata dunia dan digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Sekiranya Kolonel Sanders berasa dirinya sudah gagal dan berputus asa , adakah beliau akan Berjaya membina empayar perniagaan seperti itu? Sudah tentu tidak!! Jadi kenapa anda diluar sana perlu berasa kecewa dan gagal?? Temui saya pada entri seterusnya, saya akan berkongsi dengan bakal JUTAWAN diluar sana PETUA ORANG YANG BERJAYA…

2 comments: