Tuesday, 22 October 2013

Serang!!! Mana Pintu Gol???


Assalamualaikum / Salam sejahtera..

Bakal JUTAWAN INDUSTRI dan Salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W  serta isteri dan ahli keluarga baginda. Alhamdulilah , syukur atas nikmat masih bernafas didunia ini, diberi kekuatan mental dan fizikal untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dibumi ini. Syukran masih diberi kekuatan untuk menulis Blog untuk dikongsikan kepada Bakal JUTAWAN diluar sana.. Semoga bermanfaat...


Petua no 5 – Serang! Mana Pintu Gol?


“Menyimpang seinci , rugi seribu batu ” 





Kerja seperti Bermain Bola Sepak
Bayangkan anda sedang menyaksikan perlawanan bola sepak di kaca televisyen.Kedua-dua pasukan begitu ghairah merebut , menggelecek , menyepak , menangkis , menendang dan menolak bola ke sana ke mari.Tetapi bolehkan anda membayangkan mereka bermain tanpa pintu gol? Mustahil bukan? Sekiranya tiada, apa tujuan mereka ‘ beraksi ’ begitu hebat? Tiada tujuan dan matlamat.
Begitu juga dengan pengurusan kerja dan masa anda. Mesti ada matlamat. Ada matlamat jangka panjang  da nada matlamat jangka pendek. Ia begitu penting kerana  ia seolah-olah ‘ pintu gol ’ kepada kerja-kerja anda selama ini. Apa guna anda  “ merebut , menggelecek , menyepak , menangkis , menendang dan menolak ” kerja harian anda apabila anda tidak mempunyai ‘ pintu golnya? Saudara hanya mendapat penat dan tiada apa pun kejayaan hidup yang saudara peroleh.

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W
“ Sesungguhnya setiap amalan dimulakan dengan niat ”. Ini adalah antara kata-kata Nabi Muhammad yang paling sahih. Apakah intipati yang anda dapat daripada kata-kata ini?
Ya! Anda mesti berniat bagi setiap perbuatan anda. Apa maksud niat? Niat bertujuan merancang apakah perkara yang anda hendak capai daripada perbuatan itu.Kalau dalam solat , kita berniat seperti berikut, “ saya bersolat zohor 4 rakaat sebagai imam kerana Allah”.
Apa yang anda dapat perhatikan daripada niat itu? Walaupun sesetengah ulama tidak mewajibkan lafaz sedemikian , namun ia menunjukkan niat dalam hati perlu terperinci.Ia perlu merangkumi apa perbuatan yang hendak dilakukan, apa jenis, bagaimana kaedah, apa yang hendak dicapai daripada perbuatan itu.Dalam solat tadi, ia dapat dilihat dalam aspek berikut :-

Kerja : Solat
Jenis : Zohor yang mempunyai 4 rakaat.
Bagaimana : Secara berjemaah
Matlamat : Kerana keredaan Allah

Baik, Cuba kita adaptasikan teori Nabi Muhammad S.A.W dalam permainan bola :

Kerja : Bermain bola sepak
Jenis : 11 sebelah , posisi penyerang
Bagaimana : 4-3-4 menyerang dan bertahan
Matlamat : Menang dengan jaringan banyak.

Lihat!! Nabi Muhammad sudah pun mencipta teori ini sejak 1400 tahun yang lalu, namun ramai yang tidak menyedarinya. Setiap perbuatan anda perlu dirancang supaya menuju kepada matlamat yang diinginkan. Jangan sekali-kali ‘ sibuk ‘ bekerja tetapi tiada matlamat yang hendak dicapai. Jangan bekerja apabila anda tidak tahu dimana ‘ Pintu golnya ’..

Pesanan Peter Drucker

Ingat pesan Peter Drucker , guru pengurusan yang pernah berkata “ cara yang terbaik bagi menjangka masa depan adalah dengan mencipta masa depan ”. Tidak ada siapa pun yang mampu menghalang usaha anda supaya Berjaya melainkan diri anda sendiri !!

Teori 3S Dr. Asmadi

Dr Tengku Asmadi, Pakar motivasi Negara ini pernah menghasilkan teori 3s untuk Berjaya. Apakah teori itu? Ia adalah Sasaran , Startegi dan Sikap. Menurutnya kejayaan tidak dapat dicapi apabila tiada sasaran yang ditetapkan. Selepas ada sasaran , baru kita mengatur strategi dan laksanakan strategi itu dengan sikap yang positif.

Fokus pada sasaran dan jangan ‘ terpesong ’ daripada tumpuan itu. Peribahasa cina ada menyebut “ Menyimpang seinci , rugi seribu batu ”. Cecil B.DeMille juga pernah berkata , “ Orang yang Berjaya dalam hidup adalah orang yang Nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang ”. Dengan mengikut kaedah 3S ini , semua orang dapat merancang untuk Berjaya , bukan begitu???

Wednesday, 9 October 2013

Saya Tidak Mahu Berjaya , Saya Mahu Sangat Berjaya!!


 


Salam Jutawan Semua.. Bertemu kita kembali dalam ruangan penrkongsian Ilmu..


Petua No 4 – Saya Tidak  Mahu Berjaya , Saya Mahu Sangat Berjaya!!



“ Bertekadlah supaya tidak lagi menoleh ke bawah. Pandang ke atas dan
lihat puncak kejayaan  yang bakal didaki oleh anda Bakal Jutawan semua ”



Islam Sangat Suka Orang yang Sangat Berjaya

Nabi Muhammad  S.A.W  berkata dalam hadis yang dilaporkan oleh Muslim maksudnya :-  “ Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. Namun Keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah bagi  memperoleh apa sahaja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan berasa lemah ”.
Hadis di atas membuktikan Tuhan mahukan umat Islam menjadi manusia yang kuat iaitu kuat dari segi kesihatan fizikal , pemikiran , keimanan , ketakwaan , ekonomi , ilmu pengetahuan dan segalanya. Bagaimana hendak menjadi orang yang kuat? Caranya dengan keinginan yang mendalam untuk menjadi orang yang sangat Berjaya. Bertekadlah supaya tidak  lagi menoleh ke bawah. Pandang ke atas dan lihat puncak kejayaan yang bakal didaki oleh anda semua.

Petua untuk anda bagaimana hendak menjadi orang yang sangat Berjaya??
Saya akan kongsikan beberapa tip  yang mungkin berguna untuk anda Bakal Jutawan semua:-

1    1) Tetapkan matlamat yang tinggi.
Tetapi jangan terlalu idealistik. Tetapkan matlamat untuk jangka panjang , jangka sederhana dan jangka pendek. Kemas kini matlamat ini setiap kali anda Berjaya mencapai salah satu daripadnya. Semakin anda Berjaya , semakin tinggi matlamat yang dapat difikirkan.

2    2) Tetapkan tumpuan.
Pernahkan anda menonton perlawanan badminton?
Pernahkah anda melihat ada pemain yang mendahului lawan, tetapi tidak lama kemudian akhirnya dia tewas?Kenapa? Antara alas an yang popular adalah hilang tumpuan.
Hidup anda juga umpama bermain badminton , mesti sentiasa tetapkan tumpuan dan fokus anda. Tidak kira semasa bermesyuarat, berbual, berbincang,berfikir, merancang, bermain, berunding, menjawab peperiksaan, belajar dalam kelas, membaca, menonton dan sebagainya.Jangan buang masa anda dengan melakukan sesuatu tanpa tumpuan yang sepenuhnya.

3    3) Kemahiran 4M iaitu Membaca , Mendengar , Menulis , Membentang.
Pada zaman sekarang , ketiga-tiga kemahiran ini penting ahkan kadangkala ia mendesak. Membaca dan mendengar adalah kemahiran menerima maklumat , manakala menulis dan membentang adalah kemhiran menyampaikan idea. Kemahiran membentang memerlukan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi , Interpersonal dan percakapan awam. Kemahiran 4M mestilah diintegrasikan. Anda tidak mendapat hasil yang sebenar apabila anda hanya memiliki sebahagian daripadanya. Ia adalah pakej yang mesti dimiliki bersama.

4    4) Jadilah Jurulatih.
Jangan Kedekut ilmu.. Ajarlah orang lain melakukannya. Anda tidak hilang apa-apa apabila anda mengajar orang lain, bahkan anda akan diberikankebijaksanaan dan idea-idea yang lebih baik semasa menjadi jurulatih. Semakin ramai orang yang anda latih, semakin hebat kemampuan diri anda, Kenapa? Kerana Tuhan sudah menjadikan alam sebegitu rupa. Itulah fitrah alam yang anda mesti tahu sekiranya mahu menjadi lebih Berjaya daripada orang lain.

Nabi Muhammad S.A.W menyebut , “ Sampaikanlah daripadaku walaupun ayat.” Kenapa? Selain dapat menyampaikan idea-idea nabi, kita juga dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan kita semasa mengajar orang lain berkenaan perkara itu. Oleh itu, jangan kedekut.Jadilah jurulatih.

5    5) Jangan hangat-hangat tahi ayam.
Sekiranya ingin menjadi lebih baik daripada orang lain, anda mesti mengelak daripada tabiat ini. Hanya semangat bermusim ataupun semangat semasa mula-mula sahaja. Perangai ini hanya menyebabkan orang lain mentertawakan anda kerana mereka memandang anda seperti “ tahi ayam ”. Sekiranya hendak menjadi lebih baik daripada orang lain, anda perlu menjadi ‘ hangat-hangat seterika ’ kerana ia panas apabila perlu dan ia dingin apabila disimpan.




Semoga Perkongsian kali ini bermanfaat..
Wassalam Jutawan Semua..

Zahrul Affendi Abu Hassan ( Mr Bilis )
Ketua Pegawai Eksekutif
Global Samudera Group