Assalamualaikum Sahabat Jutawan Industri..Bertemu kembali diruangan
perkongsian ilmu..saya akan kongsikan tip seterusnya Petua Orang Berjaya..
Jom kita baca....
Petua No 3 – Berfikir seperti
Juara
![]() |
Siapa yang tidak kenal akan perdana menteri Malaysia ke-4
, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau terkenal kerana membawa pelbagai perubahan
kepada Negara kita Malaysia sehingga digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.
Pada zaman pemerintahannya , Negara kita dapat mengeluarkan kereta berjenama
sendiri iaitu Proton Saga sehinggalah tercipta kereta ciptaan sendiri Gen-2
yang berenjin Campro. Pada Zamannya juga terhasil idea Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan Bandar Teknologi Cyberjaya. Begitu juga kejayaan
rakyat Malaysia semasa dibawah pemerintahan beliau seperti Datuk Azhar Mansor
dengan mengelilingi dunia dengan kapal layar , Datuk Malik Maidin berenang
menyeberangi Selat Inggeris , Ekspedisi ke Gunung Everest , Terjun Antartika
dan banyak lagi.
Apakah rahsia beliau sehingga Berjaya memotivasikan
penduduk Malaysia dalam melakukan semua ini? Sekiranya dahulu sebelum merdeka ,
bangsa melayu tidak yakin dengan diri sendiri sehingga hendak buat sebatang
jarum pun tidak mampu , tetapi sekarang bukan setakat jarum bahkan satelit pun
sudah ada yang menjadi mililk Negara.
Apakah rahsianya? Ada satu petua hebat daripada Dr
Mahathir iaitu beliau percaya bangsa melayu boleh berjaya apabila mereka
percaya mereka boleh Berjaya. Beliau sering kali menyebut satu kata-kata yang
cukup bermakna “ Kita tidak boleh
Berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal ”.
Kehebatan Kuasa
Imaginasi
Profesor G.L.S Shackle adalah pakar ekonomi yang
terkemuka sehingga Peter Drucker mengelarnya sebagai ‘ Bintang baru ’ dalam dunia
ekonomi di England. Dalam satu kertas kerjanya , Policy , Poetry , and Succes
, Profesor Shackle merumuskan imaginasi sama penting dengan sebab dan faktor
dalam bidang perniagaan.
Lebih mengejutkan seorang saintis terkemuka yang mencipta
bom nuklear , Albert Einstein juga memberikan pendapat yang sama. Beliau
berkata , “ Imaginasi lebih penting
daripada pengetahuan”. Manakala seorang cendiakawan terkenal , Bernard Shaw
pernah mengungkapkan satu kata-kata yang cukup menyentuh perasaan ialah “ Sesetengah orang melihat sesuatu yang
wujud dan bertanya , Mengapakah? Tetapi saya membayangkan sesuatu yang tidak
wujud dan bertanya , Mengapa tidak?? ”
Imaginasi Menolak Kemustahilan
Napoleon pernah berkata “ Perkataan mustahil hanya ada dalam kamus orang-orang yang dungu ”.
Begitu juga dengan Samuel Johnson “
Sedikit benar yang mustahil kalau ada kerajinan dan kemampuan ”.
Profesor psikologi di university Harvard , William James
pernah berkata ,
“ Kepercayaan
sentiasa menghasilkan fakta yang sebenar. Dalam mana-mana projek , faktor yang
penting adalah kepercayaan anda. Tanpanya , anda tidak akan menghasilkan kejayaan. Ini adalah prinsip asas ”..
Seorang hakim mahkamah Agung Amerika Syarikat , Hakim
Cardozo dalam satu keputusan mahkamah pernah menyebut, “ Kita akan menjadi seperti apa yang kita percaya pada diri kita ”..
Manakala pemikir Amerika , Henry Wardsworth Longfellow
dengan panjang lebar pernah berkata ,
“ Keazaman
berdasarkan kepercayaan mendalam bahawa anda boleh Berjaya adalah elemen
penting kejayaan.Apabila mengetuk pintu cukup lama , pastinya anda akan
mengejukan
seseorang ”.
Oleh itu , ketuklah pintu kejayaan dengan bersungguh-sunguh dengan keyakinan
yang mendalam , pasti saudara akan berjaya
‘ menyedarkan ’ kejayaan yang sedang nyeyak tidur itu.
Tidak ada yang mustahil sebelum mencuba sesuatu perkara
Itu. Dikalangan masyarakat kita , ada pepatah “ Belum cuba belum tahu ”..
Inilah cogan kata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. Dengan
berpegang kepada cogan kata ini , kita sentiasa berfikir berkenaan kejayaan dan
menolak kemustahilan. Lakukan tugasan saudara sekarang dan berfikirlah seperti
juara!!!
Berfikir adalah
Langkah Pertama Yang Baik.
Anda pasti seringkali mendengar Lagu ini, Mari kita baca
dan kalau boleh anda nyayikan lagu ini
dan berfikir setiap maksud baris
lagu ini.
Jika kau fikirkan
kau boleh ,
Kau hampir boleh
melakukan ,
Jika kau fikir kan
ragu-ragu,
Usahamu tidak
menentu.
Jika kau fikirkan
kemenangan ,
Kau hampiri
kejayaan,
Jika kau fikirkan
kekalahan,
Kau hampiri
kegagalan.
Engkaulah apa kau
fikirkan,
Terkandung dalam
pemikiran,
Berfikir boleh
melakukan,
Engkau boleh!!!
Semoga perkongsian kali ini memberi semangat kepada kita
semua..
Zahrul Affendi Abu Hassan ( Mr Bilis )
Ketua Pegawai Eksekutif
Global Samudera Group

No comments:
Post a Comment