Salam Jutawan Semua.. Bertemu kita kembali dalam ruangan
penrkongsian Ilmu..
Petua No 4 – Saya Tidak Mahu Berjaya
, Saya Mahu Sangat Berjaya!!
“ Bertekadlah supaya
tidak lagi menoleh ke bawah. Pandang ke atas dan
lihat puncak
kejayaan yang bakal didaki oleh anda
Bakal Jutawan semua ”
Islam Sangat Suka Orang yang Sangat
Berjaya
Nabi Muhammad S.A.W
berkata dalam hadis yang dilaporkan oleh Muslim maksudnya :- “ Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih
dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. Namun Keduanya itupun
sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah bagi
memperoleh apa sahaja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah
pertolongan kepada Allah dan jangan berasa lemah ”.
Hadis di atas membuktikan Tuhan mahukan umat Islam menjadi
manusia yang kuat iaitu kuat dari segi kesihatan fizikal , pemikiran , keimanan
, ketakwaan , ekonomi , ilmu pengetahuan dan segalanya. Bagaimana hendak
menjadi orang yang kuat? Caranya dengan keinginan yang mendalam untuk menjadi
orang yang sangat Berjaya. Bertekadlah supaya tidak lagi menoleh ke bawah. Pandang ke atas dan
lihat puncak kejayaan yang bakal didaki oleh anda semua.
Petua untuk anda
bagaimana hendak menjadi orang yang sangat Berjaya??
Saya akan kongsikan beberapa tip yang mungkin berguna untuk anda Bakal Jutawan
semua:-
1 1) Tetapkan matlamat yang tinggi.
Tetapi jangan terlalu idealistik. Tetapkan
matlamat untuk jangka panjang , jangka sederhana dan jangka pendek. Kemas kini
matlamat ini setiap kali anda Berjaya mencapai salah satu daripadnya. Semakin
anda Berjaya , semakin tinggi matlamat yang dapat difikirkan.
2 2) Tetapkan tumpuan.
Pernahkan anda menonton perlawanan
badminton?
Pernahkah anda melihat ada pemain yang
mendahului lawan, tetapi tidak lama kemudian akhirnya dia tewas?Kenapa? Antara
alas an yang popular adalah hilang tumpuan.
Hidup anda juga umpama bermain badminton ,
mesti sentiasa tetapkan tumpuan dan fokus anda. Tidak kira semasa bermesyuarat,
berbual, berbincang,berfikir, merancang, bermain, berunding, menjawab
peperiksaan, belajar dalam kelas, membaca, menonton dan sebagainya.Jangan buang
masa anda dengan melakukan sesuatu tanpa tumpuan yang sepenuhnya.
3 3) Kemahiran 4M iaitu Membaca , Mendengar ,
Menulis , Membentang.
Pada zaman sekarang , ketiga-tiga kemahiran
ini penting ahkan kadangkala ia mendesak. Membaca dan mendengar adalah
kemahiran menerima maklumat , manakala menulis dan membentang adalah kemhiran
menyampaikan idea. Kemahiran membentang memerlukan beberapa kemahiran lain
seperti kemahiran berkomunikasi , Interpersonal dan percakapan awam. Kemahiran
4M mestilah diintegrasikan. Anda tidak mendapat hasil yang sebenar apabila anda
hanya memiliki sebahagian daripadanya. Ia adalah pakej yang mesti dimiliki
bersama.
4 4) Jadilah Jurulatih.
Jangan Kedekut ilmu.. Ajarlah orang lain
melakukannya. Anda tidak hilang apa-apa apabila anda mengajar orang lain,
bahkan anda akan diberikankebijaksanaan dan idea-idea yang lebih baik semasa
menjadi jurulatih. Semakin ramai orang yang anda latih, semakin hebat kemampuan
diri anda, Kenapa? Kerana Tuhan sudah menjadikan alam sebegitu rupa. Itulah
fitrah alam yang anda mesti tahu sekiranya mahu menjadi lebih Berjaya daripada
orang lain.
Nabi
Muhammad S.A.W menyebut , “ Sampaikanlah daripadaku walaupun ayat.” Kenapa?
Selain dapat menyampaikan idea-idea nabi, kita juga dapat meningkatkan
kefahaman dan pengetahuan kita semasa mengajar orang lain berkenaan perkara
itu. Oleh itu, jangan kedekut.Jadilah jurulatih.
5 5) Jangan hangat-hangat tahi ayam.
Sekiranya ingin menjadi lebih baik daripada
orang lain, anda mesti mengelak daripada tabiat ini. Hanya semangat bermusim
ataupun semangat semasa mula-mula sahaja. Perangai ini hanya menyebabkan orang
lain mentertawakan anda kerana mereka memandang anda seperti “ tahi ayam ”.
Sekiranya hendak menjadi lebih baik daripada orang lain, anda perlu menjadi ‘
hangat-hangat seterika ’ kerana ia panas apabila perlu dan ia dingin apabila
disimpan.
Semoga Perkongsian kali ini bermanfaat..
Wassalam Jutawan Semua..
Zahrul Affendi Abu Hassan ( Mr Bilis )
Ketua Pegawai Eksekutif
Global Samudera Group
No comments:
Post a Comment