Assalamualaikum / Salam sejahtera..
Bakal JUTAWAN INDUSTRI dan Salam kepada
junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W
serta isteri dan ahli keluarga baginda. Alhamdulilah , syukur atas nikmat
masih bernafas didunia ini, diberi kekuatan mental dan fizikal untuk
melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dibumi ini. Syukran masih diberi
kekuatan untuk menulis Blog untuk dikongsikan kepada Bakal JUTAWAN diluar sana.. Semoga bermanfaat...
Petua no 5 – Serang! Mana Pintu Gol?
Kerja seperti Bermain Bola Sepak
Bayangkan anda sedang menyaksikan perlawanan bola sepak di
kaca televisyen.Kedua-dua pasukan begitu ghairah merebut , menggelecek ,
menyepak , menangkis , menendang dan menolak bola ke sana ke mari.Tetapi
bolehkan anda membayangkan mereka bermain tanpa pintu gol? Mustahil bukan?
Sekiranya tiada, apa tujuan mereka ‘ beraksi ’ begitu hebat? Tiada tujuan dan
matlamat.
Begitu juga dengan pengurusan kerja dan masa anda. Mesti ada
matlamat. Ada matlamat jangka panjang da
nada matlamat jangka pendek. Ia begitu penting kerana ia seolah-olah ‘ pintu gol ’ kepada
kerja-kerja anda selama ini. Apa guna anda “ merebut , menggelecek , menyepak , menangkis
, menendang dan menolak ” kerja harian anda apabila anda tidak mempunyai ‘
pintu golnya? Saudara hanya mendapat penat dan tiada apa pun kejayaan hidup
yang saudara peroleh.
Nasihat Nabi Muhammad S.A.W
“ Sesungguhnya setiap amalan dimulakan dengan niat ”. Ini
adalah antara kata-kata Nabi Muhammad yang paling sahih. Apakah intipati yang
anda dapat daripada kata-kata ini?
Ya! Anda mesti berniat bagi setiap perbuatan anda. Apa
maksud niat? Niat bertujuan merancang apakah perkara yang anda hendak capai
daripada perbuatan itu.Kalau dalam solat , kita berniat seperti berikut, “ saya
bersolat zohor 4 rakaat sebagai imam kerana Allah”.
Apa yang anda dapat perhatikan daripada niat itu? Walaupun
sesetengah ulama tidak mewajibkan lafaz sedemikian , namun ia menunjukkan niat
dalam hati perlu terperinci.Ia perlu merangkumi apa perbuatan yang hendak
dilakukan, apa jenis, bagaimana kaedah, apa yang hendak dicapai daripada
perbuatan itu.Dalam solat tadi, ia dapat dilihat dalam aspek berikut :-
Kerja : Solat
Jenis : Zohor yang mempunyai 4 rakaat.
Bagaimana : Secara berjemaah
Matlamat : Kerana keredaan Allah
Baik, Cuba kita adaptasikan teori Nabi Muhammad S.A.W
dalam permainan bola :
Kerja : Bermain bola sepak
Jenis : 11 sebelah , posisi penyerang
Bagaimana : 4-3-4 menyerang dan bertahan
Matlamat : Menang dengan jaringan banyak.
Lihat!! Nabi Muhammad sudah pun mencipta teori ini sejak
1400 tahun yang lalu, namun ramai yang tidak menyedarinya. Setiap perbuatan
anda perlu dirancang supaya menuju kepada matlamat yang diinginkan. Jangan
sekali-kali ‘ sibuk ‘ bekerja tetapi tiada matlamat yang hendak dicapai. Jangan
bekerja apabila anda tidak tahu dimana ‘ Pintu golnya ’..
Pesanan Peter Drucker
Ingat pesan Peter Drucker , guru pengurusan yang pernah
berkata “ cara yang terbaik bagi menjangka masa depan adalah dengan mencipta
masa depan ”. Tidak ada siapa pun yang mampu menghalang usaha anda supaya
Berjaya melainkan diri anda sendiri !!
Teori 3S Dr. Asmadi
Dr Tengku Asmadi, Pakar motivasi Negara ini pernah
menghasilkan teori 3s untuk Berjaya. Apakah teori itu? Ia adalah Sasaran ,
Startegi dan Sikap. Menurutnya kejayaan tidak dapat dicapi apabila tiada
sasaran yang ditetapkan. Selepas ada sasaran , baru kita mengatur strategi dan
laksanakan strategi itu dengan sikap yang positif.
Fokus pada sasaran dan jangan ‘ terpesong ’ daripada
tumpuan itu. Peribahasa cina ada menyebut “ Menyimpang seinci , rugi seribu
batu ”. Cecil B.DeMille juga pernah berkata , “ Orang yang Berjaya dalam hidup
adalah orang yang Nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa
menyimpang ”. Dengan mengikut kaedah 3S ini , semua orang dapat merancang untuk
Berjaya , bukan begitu???
No comments:
Post a Comment