Assalamualaikum dan salam sejahtera JUTAWAN INDUSTRI.Segala puji bagi Allah , Tuhan sekalian alam.Syukur atas nikmat dikurnia oleh sang pencipta alam Allah s.w.t..Selawat dan salam keatas kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w, para isteri dan sahabat baginda.. Untuk post hari ini saya akan kongsi kepada JUTAWAN INDUSTRI Petua No.2 Orang Berjaya.. Selamat Membaca..
Petua No 2 – Anda Perlu Berubah Apabila Mahukan Perubahan
“ Jadilah benih yang bernas ,
Seribu tahun dijemur panas ,
Digetus digetas binatang buas ,
Tetap tumbuh mencetus tunas ’
Fitrah Alam ketentuan Tuhan.
Siapa yang mahu perubahan yang lebih baik , dia mesti
mengubahnya dengan usaha sendiri. Tiada satu mesin ataupun azimat ajaib yang
dapat digunakan bagi mengubah diri menjadi baik dengan sekelip mata. Tuhan
menyebut di dalam al Quran surah ar-ra’d
ayat 11 , “ Sesungguhnya Allah tidak
akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang
ada pada diri mereka"
Nah!! Tidak ada petua yang lebih baik apabila anda mahu
perubahan selain daripada anda sendiri yang mengubahnya. “ Sekiranya anda mahu
Berjaya , anda mesti ‘ menjayakan ’ diri
anda sendiri bukan orang lain. Begitu juga apaila mengurus kerja. Apabila anda
mahu orang lain menepati masa, anda yang mesti melakukan terlebih
dahulu.Apabila anda mahu kerja yang tersusun, anda mesti buat kerja anda secara
tersusun.Apabila anda mahu rakan-rakan anda komited dan dedikasi , andalah
orang pertama yang mesti memberikan komitmen dan dedikasi . Mudah bukan???
Jadilah Benih yang Subur
Ada satu pepatah melayu yang sepatutnya menjadi iktibar kepada
saya dan juga anda semua bakal JUTAWAN diluar
sana. “ Jadilah benih yang baik , campak ke laut menjadi pulau , campak ke
darat menjadi rimba.
Mengapakah kadangkala kita tidak Berjaya ‘ mengawal ’ dan
‘ mendorong ’ orang lain supaya bekerja bersama kita? Sering kali dalam kerja
berpasukan, kita hilang kawalan dan tidak boleh bekerja dengan orang lain.
Kenapa?Anda tahu kerja berpasukan sangatlah penting dalam pengurusan kerja hari
ini tetapi kenapa kita masih gagal melakukanya??
Ya, kerana kita bukan ‘ benih ’ yang baik. Benih yang
baik dapat membawa perubahan kepada suasana dan orang yang berada di
sekelilingnya. Setiap orang akan berasa
dengan kehadiran dan kewujudannya.Dengan automatik karismanya dan
kepimpinannya terserlah, akhlak dan budinya tinggi.Hubungan sesama manusia
sungguh mengagumkan.Ke mana sahaja dia pergi , dia pasti menjadi ‘ pulau ’ dan ‘ rimba ‘ yang mengubah suasana. Adakah
anda termasuk dalam ‘ sebiji benih yang subur ‘???
Contoh :-
Profesor Kamal Hassan dan Budaya Menepati Masa.
Prof Kamal Hasan adalah tokoh yang terkenal di Malaysia
dalam bidang pendidikan. Beliau adalah salah seorang yang menghasilkan konsep
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) pada awal 1980-an. Pada tahun
1999 , beliau dilantik menjadi Rektor UIAM. Ada satu perubahan besar yang perlu
beliau lakukan ketika mengetuai UIAM
iaitu budaya menepati masa.
Sebelum beliau menjadi rektor , seringkali berlaku
kelewatan dalam pengurusan kerja. Mesyuarat bermula lewat , kerja tidak ikut
tarikh akhir dan banyak lagi masalah yang berlaku kerana tidak menepati masa.
Bagaimana cara Prof Kamal Hassan melakukannya? Caranya dengan menunjukkan
teladan beliau seorang yang menjaga masa. Beliau tidak pernah lewat pergi ke
janji temu ataupun mesyuarat. Beliau memulakan mesyuarat tepat mengikut masa
dalam kad jemputan , tidak kira walau hanya baru separuh para jemputan yang
hadir.Beliau menunjukkan contoh disiplin yang tinggi sehingga akhirnya pegawai
dan pensyarah lain pun tidak lagi melengahkan masa. Akhirnya beliau Berjaya
membuat perubahan dengan menunjukkan ‘ perubahan ’ yang ada dalam dirinya.
Hebat bukan Prof Kamal Hassan??
“ Jangan Salahkan Keadaan , Buat Perubahan ”
Mungkin anda dalam
berada suasana kerja yang lembab dan membosankan dan sebagainya. Mesyuarat yang
berjela-jela , polisi kerja yang tidak
produktif , kertas laporan yang bertaburan , tempat yang bersepah dan banyak
faktor lagi yang mungkin anda sendiri telah alami keadaan tersebut. Apa yang
anda perlu lakukan?? Salahkan kepada takdir?? Jangan salahkan takdir , buatlah
perubahan dengan anda perlu melakukan perubahan terlebih dahulu.
Kita lihat contoh Napoleon..
Napoleon adalah manusia yang bertubuh kecil dan rendah
iaitu lima kaki satu inci sahaja. Selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya di
Maktab Tentera tempat dia belajar kerana dia pendek. Tambahan pula , Napoleon
berasal dari Pulau Corsica , iaitu pulau yang dipandang tidak begitu penting
oleh orang-orang perancis tetapi adakah beliau menyalahkan takdir? Tidak ,
beliau bertekad hendak melakukan perubahan.
Dengan nekad sedemikian , Napoleon berazam hendak
menunjukkan kepada rakan-rakannya dia lebih baik daripada orang lain. Beliau
belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh hingga mencapai
kejayaan.Beliau mengubah dirinya menjadi orang yang cemerlang. Akhirnya beliau
menjadi Maharaja Perancis yang Berjaya menakluki tiga suku Benua Eropah.
Kenapa?? Kerana beliau tidak menyalahkan keadaan dan takdir, sebaliknya beliau
mengubah dirinya sendiri bagi mengubah keadaan..
Group Jutawan Industri 2013...Anda Jutawan Industri...
Wassalam..
No comments:
Post a Comment