Segala puji bagi
Allah , Tuhan sekalian alam..bertemu kita kembali di hari jumaat , penghulu
segala hari.. Syukur atas nikmat
dikurnia oleh sang pencipta alam Allah s.w.t..Selawat dan salam keatas kekasih
Allah, Nabi Muhammad s.a.w, para isteri dan sahabat baginda.. Hari saya
berkesempatan solat jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah
Alam , Selangor dan berkesempatan juga menjunjung kasih bersalaman bersama
D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan.
Sambungan pada entri
saya sebelum ini, saya akan kongsikan kepada anda seorang lagi orang yang
Berjaya.
1 2) Thomas Alva Edison.
Beliau pernah berkata
, “ Ilham orang yang genius hanya menyumbangkan 1% kepada kejayaan , manakala
99% lagi adalah usaha yang gigih ”. Beliau telah membuktikan kegigihannya
dengan bekerja selama 18jam sehari..( peringatan untuk saya sendiri dan bakal
Jutawan diluar sana ) Adakah kita bekerja
18 jam sehari???Beliau mengambil masa
10 tahun bagi menghasilkan bateri nikel-besi kadium.Beliau melakukan
klasifikasi kepada 17,000 jenis tumbuhan sebelum Berjaya mengeluarkan lateks
daripada satu jenis tumbuhan sahaja. Thomas Alva Edison juga mencipta lampu
selepas berusaha lebih 10,000 kali.Akhirnya beliau membuktikan kejayaannya
apabila berjaya mempatenkan sebanayak 1093 jenis rekaan dari hasil titik peluh
beliau sendiri, walaupun hanya menghadiri sekolah selama enam bulan sahaja.
Apabila anda mengatakan anda gagal , adakah anda sudah melakukan sepertimana
yang telah dilakukan oleh Thomas Alva Edison???
Ada pepatah inggeris yang bermaksud “ Apabila perjalanan menjadi sukar
, kesukaran akan memulakan perjalanan ”. Ini bertepatan dengan ayat al Quran
dalam surah al-Insyirah , dimana Allah s.w.t menyebut “ Sesungguhnya bagi
setiap kesukaran itu aka nada kesenangan ”.
Dalam pengurusan kerja dan masa pun
begitu juga. Mungkin anda berasa anda adalah jenis orang yang gemar
menangguhkan masa dan tidak mungkin saudara boleh berubah. Nanti dulu!!! Jangan
fikir anda orang yang gagal kerana ia hanya akan memudaratkan diri anda
sendiri. “ orang yang berhenti tidak akan menang , dan orang yang menang tidak
akan berhenti ” oleh itu jangan berhenti sekarang , jadilah orang yang Berjaya..
No comments:
Post a Comment