Tuesday, 8 October 2013

Berfikirlah Seperti Juara



 
 Assalamualaikum Sahabat Jutawan Industri..Bertemu kembali diruangan 
perkongsian ilmu..saya akan kongsikan tip seterusnya Petua Orang Berjaya..
Jom kita baca....


Petua No 3 – Berfikir seperti  Juara


Perdana Menteri Malaysia Ke-4 – Tun Dr Mahathir pernah mengatakan“ Kita tidak boleh Berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal ”
 





Siapa yang tidak kenal akan perdana menteri Malaysia ke-4 , Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau terkenal kerana membawa pelbagai perubahan kepada Negara kita Malaysia sehingga digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Pada zaman pemerintahannya , Negara kita dapat mengeluarkan kereta berjenama sendiri iaitu Proton Saga sehinggalah tercipta kereta ciptaan sendiri Gen-2 yang berenjin Campro. Pada Zamannya juga terhasil idea Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan Bandar Teknologi Cyberjaya. Begitu juga kejayaan rakyat Malaysia semasa dibawah pemerintahan beliau seperti Datuk Azhar Mansor dengan mengelilingi dunia dengan kapal layar , Datuk Malik Maidin berenang menyeberangi Selat Inggeris , Ekspedisi ke Gunung Everest , Terjun Antartika dan banyak lagi.

Apakah rahsia beliau sehingga Berjaya memotivasikan penduduk Malaysia dalam melakukan semua ini? Sekiranya dahulu sebelum merdeka , bangsa melayu tidak yakin dengan diri sendiri sehingga hendak buat sebatang jarum pun tidak mampu , tetapi sekarang bukan setakat jarum bahkan satelit pun sudah ada yang menjadi mililk Negara.

Apakah rahsianya? Ada satu petua hebat daripada Dr Mahathir iaitu beliau percaya bangsa melayu boleh berjaya apabila mereka percaya mereka boleh Berjaya. Beliau sering kali menyebut satu kata-kata yang cukup bermakna “ Kita tidak boleh Berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal ”.

Kehebatan  Kuasa Imaginasi

Profesor G.L.S Shackle adalah pakar ekonomi yang terkemuka  sehingga Peter Drucker mengelarnya sebagai ‘ Bintang baru ’ dalam dunia ekonomi di England. Dalam satu kertas kerjanya , Policy , Poetry , and Succes , Profesor Shackle merumuskan imaginasi sama penting dengan sebab dan faktor dalam bidang perniagaan.

Lebih mengejutkan seorang saintis terkemuka yang mencipta bom nuklear , Albert Einstein juga memberikan pendapat yang sama. Beliau berkata , “ Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan”. Manakala seorang cendiakawan terkenal , Bernard Shaw pernah mengungkapkan satu kata-kata yang cukup menyentuh perasaan ialah “ Sesetengah orang melihat sesuatu yang wujud dan bertanya , Mengapakah? Tetapi saya membayangkan sesuatu yang tidak wujud dan bertanya , Mengapa tidak?? ”

Imaginasi Menolak Kemustahilan

Napoleon pernah berkata “ Perkataan mustahil hanya ada dalam kamus orang-orang yang dungu ”. Begitu juga dengan Samuel Johnson “ Sedikit benar yang mustahil kalau ada kerajinan dan kemampuan ”. 

Profesor psikologi di university Harvard , William James pernah berkata ,
“ Kepercayaan sentiasa menghasilkan fakta yang sebenar. Dalam mana-mana projek , faktor yang penting adalah kepercayaan anda. Tanpanya , anda tidak akan menghasilkan  kejayaan. Ini adalah prinsip asas ”..

Seorang hakim mahkamah Agung Amerika Syarikat , Hakim Cardozo dalam satu keputusan mahkamah pernah menyebut, “ Kita akan menjadi seperti apa yang kita percaya pada diri kita ”..
Manakala pemikir Amerika , Henry Wardsworth Longfellow dengan panjang lebar  pernah berkata ,
“ Keazaman berdasarkan kepercayaan mendalam bahawa anda boleh Berjaya adalah elemen penting kejayaan.Apabila mengetuk pintu cukup lama , pastinya anda akan mengejukan
seseorang ”. Oleh itu , ketuklah pintu kejayaan dengan bersungguh-sunguh dengan keyakinan yang mendalam , pasti saudara akan berjaya  ‘ menyedarkan ’ kejayaan yang sedang nyeyak tidur itu.

Tidak ada yang mustahil sebelum mencuba sesuatu perkara Itu. Dikalangan masyarakat kita , ada pepatah “ Belum cuba belum tahu ”.. Inilah cogan kata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. Dengan berpegang kepada cogan kata ini , kita sentiasa berfikir berkenaan kejayaan dan menolak kemustahilan. Lakukan tugasan saudara sekarang dan berfikirlah seperti juara!!!

Berfikir adalah Langkah Pertama Yang Baik.

Anda pasti seringkali mendengar Lagu ini, Mari kita baca dan kalau boleh anda nyayikan lagu ini  dan berfikir setiap maksud  baris lagu ini.

Jika kau fikirkan kau boleh ,
Kau hampir boleh melakukan ,
Jika kau fikir kan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.

Jika kau fikirkan kemenangan ,
Kau hampiri kejayaan,
Jika kau fikirkan kekalahan,
Kau hampiri kegagalan.

Engkaulah apa kau fikirkan,
Terkandung dalam pemikiran,
Berfikir boleh melakukan,
Engkau boleh!!!


Semoga perkongsian kali ini memberi semangat kepada kita semua..

Zahrul Affendi Abu Hassan ( Mr Bilis )
Ketua Pegawai Eksekutif
Global Samudera Group

Sunday, 6 October 2013

Anda Perlu Berubah Apabila Mahukan Perubahan


Assalamualaikum dan salam sejahtera JUTAWAN INDUSTRI.Segala puji bagi Allah , Tuhan sekalian alam.Syukur atas nikmat dikurnia oleh sang pencipta alam Allah s.w.t..Selawat dan salam keatas kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w, para isteri dan sahabat baginda.. Untuk post hari ini saya akan kongsi kepada JUTAWAN INDUSTRI Petua No.2 Orang Berjaya.. Selamat Membaca..


Petua No 2 – Anda Perlu Berubah Apabila Mahukan Perubahan

“ Jadilah benih yang bernas ,
Seribu tahun dijemur panas ,
Digetus digetas binatang buas ,
Tetap tumbuh mencetus tunas ’

Fitrah Alam ketentuan Tuhan.

Siapa yang mahu perubahan yang lebih baik , dia mesti mengubahnya dengan usaha sendiri. Tiada satu mesin ataupun azimat ajaib yang dapat digunakan bagi mengubah diri menjadi baik dengan sekelip mata. Tuhan menyebut di dalam al Quran surah ar-ra’d ayat 11 , “ Sesungguhnya Allah  tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka"

Nah!! Tidak ada petua yang lebih baik apabila anda mahu perubahan selain daripada anda sendiri yang mengubahnya. “ Sekiranya anda mahu Berjaya , anda mesti  ‘ menjayakan ’ diri anda sendiri bukan orang lain. Begitu juga apaila mengurus kerja. Apabila anda mahu orang lain menepati masa, anda yang mesti melakukan terlebih dahulu.Apabila anda mahu kerja yang tersusun, anda mesti buat kerja anda secara tersusun.Apabila anda mahu rakan-rakan anda komited dan dedikasi , andalah orang pertama yang mesti memberikan komitmen dan dedikasi . Mudah bukan???

Jadilah Benih yang Subur

Ada satu pepatah melayu yang sepatutnya menjadi iktibar kepada saya dan juga anda semua bakal JUTAWAN diluar sana. “ Jadilah benih yang baik , campak ke laut menjadi pulau , campak ke darat menjadi rimba.

Mengapakah kadangkala kita tidak Berjaya ‘ mengawal ’ dan ‘ mendorong ’ orang lain supaya bekerja bersama kita? Sering kali dalam kerja berpasukan, kita hilang kawalan dan tidak boleh bekerja dengan orang lain. Kenapa?Anda tahu kerja berpasukan sangatlah penting dalam pengurusan kerja hari ini tetapi kenapa kita masih gagal melakukanya??

Ya, kerana kita bukan ‘ benih ’ yang baik. Benih yang baik dapat membawa perubahan kepada suasana dan orang yang berada di sekelilingnya. Setiap orang akan berasa  dengan kehadiran dan kewujudannya.Dengan automatik karismanya dan kepimpinannya terserlah, akhlak dan budinya tinggi.Hubungan sesama manusia sungguh mengagumkan.Ke mana sahaja dia pergi , dia pasti menjadi ‘ pulau  ’ dan ‘ rimba ‘ yang mengubah suasana. Adakah anda termasuk dalam ‘ sebiji benih yang subur ‘???

Contoh :-

Profesor Kamal Hassan dan Budaya Menepati Masa.

Prof Kamal Hasan adalah tokoh yang terkenal di Malaysia dalam bidang pendidikan. Beliau adalah salah seorang yang menghasilkan konsep Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) pada awal 1980-an. Pada tahun 1999 , beliau dilantik menjadi Rektor UIAM. Ada satu perubahan besar yang perlu beliau lakukan ketika mengetuai  UIAM iaitu budaya menepati masa.

Sebelum beliau menjadi rektor , seringkali berlaku kelewatan dalam pengurusan kerja. Mesyuarat bermula lewat , kerja tidak ikut tarikh akhir dan banyak lagi masalah yang berlaku kerana tidak menepati masa. Bagaimana cara Prof Kamal Hassan melakukannya? Caranya dengan menunjukkan teladan beliau seorang yang menjaga masa. Beliau tidak pernah lewat pergi ke janji temu ataupun mesyuarat. Beliau memulakan mesyuarat tepat mengikut masa dalam kad jemputan , tidak kira walau hanya baru separuh para jemputan yang hadir.Beliau menunjukkan contoh disiplin yang tinggi sehingga akhirnya pegawai dan pensyarah lain pun tidak lagi melengahkan masa. Akhirnya beliau Berjaya membuat perubahan dengan menunjukkan ‘ perubahan ’ yang ada dalam dirinya. Hebat bukan Prof Kamal Hassan??

“ Jangan Salahkan Keadaan , Buat Perubahan ”

Mungkin anda  dalam berada suasana kerja yang lembab dan membosankan dan sebagainya. Mesyuarat yang berjela-jela  , polisi kerja yang tidak produktif , kertas laporan yang bertaburan , tempat yang bersepah dan banyak faktor lagi yang mungkin anda sendiri telah alami keadaan tersebut. Apa yang anda perlu lakukan?? Salahkan kepada takdir?? Jangan salahkan takdir , buatlah perubahan dengan anda perlu melakukan perubahan terlebih dahulu.

Kita lihat contoh Napoleon..

Napoleon adalah manusia yang bertubuh kecil dan rendah iaitu lima kaki satu inci sahaja. Selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat dia belajar kerana dia pendek. Tambahan pula , Napoleon berasal dari Pulau Corsica , iaitu pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang perancis tetapi adakah beliau menyalahkan takdir? Tidak , beliau bertekad hendak melakukan perubahan.

Dengan nekad sedemikian , Napoleon berazam hendak menunjukkan kepada rakan-rakannya dia lebih baik daripada orang lain. Beliau belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh hingga mencapai kejayaan.Beliau mengubah dirinya menjadi orang yang cemerlang. Akhirnya beliau menjadi Maharaja Perancis yang Berjaya menakluki tiga suku Benua Eropah. Kenapa?? Kerana beliau tidak menyalahkan keadaan dan takdir, sebaliknya beliau mengubah dirinya sendiri bagi mengubah keadaan..

Group Jutawan Industri 2013...Anda Jutawan Industri...
Wassalam..


Friday, 4 October 2013

Anda Bukan Gagal Tetapi Belum Berjaya ( Part 2 )


Segala puji bagi Allah , Tuhan sekalian alam..bertemu kita kembali di hari jumaat , penghulu segala hari..  Syukur atas nikmat dikurnia oleh sang pencipta alam Allah s.w.t..Selawat dan salam keatas kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w, para isteri dan sahabat baginda.. Hari saya berkesempatan solat jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam , Selangor dan berkesempatan juga menjunjung kasih bersalaman bersama D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan.

Sambungan pada entri saya sebelum ini, saya akan kongsikan kepada anda seorang lagi orang yang Berjaya.

1        2) Thomas Alva Edison.

Beliau pernah berkata , “ Ilham orang yang genius hanya menyumbangkan 1% kepada kejayaan , manakala 99% lagi adalah usaha yang gigih ”. Beliau telah membuktikan kegigihannya dengan bekerja selama 18jam sehari..( peringatan untuk saya sendiri dan bakal Jutawan diluar sana ) Adakah kita bekerja 
18 jam sehari???Beliau mengambil masa 10 tahun bagi menghasilkan bateri nikel-besi kadium.Beliau melakukan klasifikasi kepada 17,000 jenis tumbuhan sebelum Berjaya mengeluarkan lateks daripada satu jenis tumbuhan sahaja. Thomas Alva Edison juga mencipta lampu selepas berusaha lebih 10,000 kali.Akhirnya beliau membuktikan kejayaannya apabila berjaya mempatenkan sebanayak 1093 jenis rekaan dari hasil titik peluh beliau sendiri, walaupun hanya menghadiri sekolah selama enam bulan sahaja. Apabila anda mengatakan anda gagal , adakah anda sudah melakukan sepertimana yang telah dilakukan oleh Thomas Alva Edison???

Ada pepatah inggeris yang bermaksud “ Apabila perjalanan menjadi sukar , kesukaran akan memulakan perjalanan ”. Ini bertepatan dengan ayat al Quran dalam surah al-Insyirah , dimana Allah s.w.t menyebut “ Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu aka nada kesenangan ”. 

Dalam pengurusan kerja dan masa pun begitu juga. Mungkin anda berasa anda adalah jenis orang yang gemar menangguhkan masa dan tidak mungkin saudara boleh berubah. Nanti dulu!!! Jangan fikir anda orang yang gagal kerana ia hanya akan memudaratkan diri anda sendiri. “ orang yang berhenti tidak akan menang , dan orang yang menang tidak akan berhenti ” oleh itu jangan berhenti sekarang , jadilah orang yang Berjaya..